Waktu Solat
Facebook saya
Tinggalkan Pesanan Anda
Tentang Saya
Blog Archive
-
▼
2013
(15)
-
►
June
(12)
- Ice Breaking Perkhemahan Unit beruniform SEKOLAH K...
- Program Transformasi Minda Kaunselor Berdaftar ole...
- Program Jati Diri Peringkat Daerah Raub
- Pulau Tioman, Indahnya Ciptaan ALLAH
- Cyst & Rawatannya
- Seribu langkah bermula dengan langkah pertama - UN...
- Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris
- Program Keibubapaan : Program Perdana Waris LINUS
- Majlis Sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ba...
- Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Daerah Raub
- Taklimat Transformasi Kolej Vokasional kepada GBKS...
- Membuat persediaan Program Kembali Ke Sekolah Peri...
-
►
June
(12)
Powered by Blogger.
My Blog List
-
Tuan Guru Jaro1 year ago
-
Labels
- aktiviti (3)
- apc (1)
- beli hadiah (1)
- blighted ovum (1)
- cyst (1)
- hadiah hari guru (1)
- hari guru (1)
- ibu bapa (1)
- keguguran (1)
- keikhlasan (1)
- kembali ke sekolah (1)
- kolej vokasional (1)
- Linus (1)
- penghargaan (1)
- percutian (1)
- pergerakangbksm (6)
- Perjumpaaan ibu bapa (1)
- rawatan (1)
- sambutan hari guru (1)
- terima kasih guru (1)
- tintahati (6)
Anda Pelawat Ke
Saturday, November 2, 2013
Ruangan tinta hati ini adalah ruang untuk saya meluahkan apa yang saya rasa dan alami dalam menjalani kehidupan ini dan ruang untuk saya berkongsi maklumat serba sedikit samada ianya berkaitan dengan dunia pekerjaan saya ataupun tidak. Walaubagaimanapun ianya tidak lari dari pengisian moral dan motivasi diri.
Thursday, June 27, 2013
Saturday, June 22, 2013
Baru-baru ini semua GBKSM sekolah rendah dan menengah di daerah Raub dan Lipis menerima arahan untuk menghadirkan diri ke program tertera di atas pada 22 Jun 2013 di Hotel Jelai Raub. Walau sebelum ini saya tahu program ini hanya layak buat yang mempunyai degree in Counselling. Tidak mengapa, atas arahan PPD dan saya juga ingin mencuba dan mencari pengalaman, jadi saya melangkah pergi .
Wednesday, June 19, 2013
Tuesday, June 18, 2013
gambar ni credit kat Sarah sebab dia yang ambil depan chalet
Cuti sekolah yang lepas, saya sekeluarga mengambil kesempatan bercuti ke Pulau Tioman. Kami bercuti selama 4 hari 3 malam di sana. Kami bercuti bersama rakan guru dan juga kawan atas kawan yang pernah bekerja di Pulau Tioman. Beliaula yang tolong setkan percutian ini. Sedikit sebanyak perkongsian saya ini boleh menjadi panduan buat anda yang ingin berkunjung ke sana.
Monday, June 17, 2013
Ini sambungan dari saya keguguran dulu. Setelah seminggu 23 Mei 2013 saya cuba scan semula dengan harapan semuanya di dalam rahim saya habis keluar untuk mengelakkan diri dari proses d&c. Biarlah ianya berlaku dengan natural.
Sunday, June 16, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, akhirnya dapat jua saya berbicara di blog sendiri. terima kasih tak terhingga buat Encik Hisham yang merupakan GBSM Sekolah Kebangsaan Bangi telah sudi membantu saya menyediakan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Mahmud Raub ini. Allah pasti memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda pada tuan atas kesudian tuan memudahkan urusan orang lain.
Saturday, June 15, 2013
Nama program : Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR
Tarikh: 15 Jun 2013
Tempat: Dewan sekolah
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Penceramah: Encik Mohd Shuhaidi Ohira bin Abdullah
Program dijalankan pada hari Sabtu, 15 Jun 2013. Bertempat di Makmal komputer sekolah. Penceramah yang dijemput merupakan Fasilitator LINUS di PPD Raub.
Bapa / penjaga mendaftar sebelum bermula program
Thursday, June 13, 2013
Setelah saya mengendalikan LDK bersama pelajar Program Kembali Ke Sekolah, terus saya bergegas untuk bersiap ke Majlis APC ini. Alhamdulillah, setelah 7 tahun berkhidmat, saya mendapat penghargaan ini. Namun jauh dari sudut hati saya, bukan ini yang saya impikan..Ini hanyalah duniawi..Apa yang dicitakan, Allah terima segala pekerjaan saya selama ini sebagai satu ibadah, jua wasilah saya dekat padaNya,Allahumma Amin Ya Rob..
Pada 13 Jun 2013 yang lepas, saya diberi amanah bagu tahun kedua sebagai fasilitator program ini yang diadakan di SMK Gali. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Program dirasmikan oleh Tuan Haji Ab Nasir Gahar dari PPD Raub.
Wednesday, June 12, 2013
Pada 12 Jun 2013, semua GBKSM di Daerah Raub dan Bentong dijemput menghadiri taklimat ini di Kolej Vokasional Bentong. Maklumat yang disampaikan sangat berguna. Bermula tahun ini, pelajar lepasan UPSR boleh memohon ke Kolej Vokasional dengan laluannya mesti memohon Latihan Asas Vokasional yang ditawarkan di sekolah berhampiran Raub ini adalah SMK Karak.
Tuesday, June 11, 2013
Setelah bercuti hampir 3 minggu, hadir ke sekolah, terus kena keluar pada 11 Jun 2013 untuk persediaan program yang bakal dijalankan pada minggu ini juga. Ikut surat yang sampai, mula hari ini saya akan keluar hinggalah hari Khamis, 13 Jun 2013. Dimulakan perjumpaan hari ini dengan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi MGKK Raub, Cikgu Zaidi. Tn Hj Nasir juga turut sama hadir memantau perjalanan persediaan program ini.
Thursday, May 23, 2013
Alhamdulillah, agak lama juga saya mengambil masa dan ruang untuk jari jemari ini menari di keyboard ni. Saya ingin berkongsi apa yang telah berlaku baru-baru ini, sedikit sebanyak mengganggu emosi dan perasaan saya hambaNya yang kerdil dan lemah ini.
Saya mengandung buat sekian kalinya setelah anak yang kecil telah berusia 2 tahun. Saya dan suami merancang, Allah juga merancang, namun Allah jua sebaik-baik Perancang. Allah lebih Maha Mengetahui atas setiap sesuatu.
Wednesday, May 15, 2013
Tanggal 16 Mei setiap tahun pasti seluruh sekolah-sekolah di Malaysia ini menyambut Hari Guru di
sekolah.Ketika ini berduyun-duyunla semua ibu bapa melayani anak untuk membeli hadiah buat cikgu-cikgu kepada anak mereka. Teringat saya kata-kata ustaz di sekolah menengah agama dahulu, sebaik-baik penghargaan buat guru adalah beradab dengan gurunya dan mendoakan guru di setiap waktu solat tanpa diketahui oleh guru itu. Benarlah kata-kata ustaz saya itu. Namun sebagai manusia biasa yang juga sukakan kepada zahiriah, pasti jua menanti hadiah walau hanya dari seorang muridnya.
Tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Tetapi guru adalah pewaris ilmu dan pewaris ilmu ialah ulama, sementara ulama pula adalah pewaris para nabi. Begitulah kedudukan ilmu, guru dan ulama adalah saling berkaitan.
Maka amat layaklah guru ini diberi penghargaan.Penghargaan ini luas maksudnya. Selain mendoakan kesejahteraan guru, apabila tiba Sambutan Hari Guru ini, penghargaan juga bermaksud,hadiahila mereka dengan sesuatu.Saya seorang guru, saya juga seorang ibu.Pernah juga bersama-sama ibu-ibu memilih hadiah buat anak masing-masing. ada juga saya mendengar segelintir ibu yang bersembang sesama mereka betapa Hari Guru ini menyusahkan mereka. Iyela mungkin bagi mereka perlu berbelanja,membuang masa mencari hadiah.Ada juga saya terlihat post ibu-ibu di laman sosial Facebook meluahkan tentang perkara yang sama. Saya teringat saya pernah bersembang dengan suami yang saya ingin menghadiahkan buat guru-guru anak saya itu dan ini. Suami bertanya pula kepada saya adakah hadiah itu atas dasar keikhlasan atau sebab kelaziman atau keterpaksaan? Saya terfikir sejenak.Benarlah dalam memberi hadiah buat guru biarlah berdasarkan keikhlasan
Subscribe to:
Posts
(Atom)