Sunday, June 16, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, akhirnya dapat jua saya berbicara di blog sendiri. terima kasih tak terhingga buat Encik Hisham yang merupakan GBSM Sekolah Kebangsaan Bangi telah sudi membantu saya menyediakan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Mahmud Raub ini. Allah pasti memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda pada tuan atas kesudian tuan memudahkan urusan orang lain.
Sudah lama benar saya ingin berblog seperti orang lain, tetapi atas kekangan masa dan peluang buat saya, Allah datangkan insan yang dapat membantu, Alhamdulillah. :-)
namun satu ujian buat saya nanti, adakah saya mampu mengemaskini blog selalu nanti.? takpe, belum cuba belum tahukan. Insya Allah, saya akan mengemaskini tentang sekolah dan aktiviti-aktiviti kaunseling di sekolah saya nanti dari masa ke semasa.


langkah pertama seringkali yang paling susah.. Insya Allah, bila bersungguh-sungguh dan fokus akhirnya akan dapat momentum dan boleh melangkah laju selepasnya!

di manakah tangga anda berada?

0 comments:

Post a Comment

what say u

Copyright © 2013 Of .Afraina Enterprise