Waktu Solat
Facebook saya
Tinggalkan Pesanan Anda
Tentang Saya
Blog Archive
-
▼
2013
(15)
-
▼
June
(12)
- Ice Breaking Perkhemahan Unit beruniform SEKOLAH K...
- Program Transformasi Minda Kaunselor Berdaftar ole...
- Program Jati Diri Peringkat Daerah Raub
- Pulau Tioman, Indahnya Ciptaan ALLAH
- Cyst & Rawatannya
- Seribu langkah bermula dengan langkah pertama - UN...
- Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris
- Program Keibubapaan : Program Perdana Waris LINUS
- Majlis Sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ba...
- Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Daerah Raub
- Taklimat Transformasi Kolej Vokasional kepada GBKS...
- Membuat persediaan Program Kembali Ke Sekolah Peri...
-
▼
June
(12)
Powered by Blogger.
My Blog List
-
Tuan Guru Jaro1 year ago
-
Labels
- aktiviti (3)
- apc (1)
- beli hadiah (1)
- blighted ovum (1)
- cyst (1)
- hadiah hari guru (1)
- hari guru (1)
- ibu bapa (1)
- keguguran (1)
- keikhlasan (1)
- kembali ke sekolah (1)
- kolej vokasional (1)
- Linus (1)
- penghargaan (1)
- percutian (1)
- pergerakangbksm (6)
- Perjumpaaan ibu bapa (1)
- rawatan (1)
- sambutan hari guru (1)
- terima kasih guru (1)
- tintahati (6)
Anda Pelawat Ke
Tuesday, June 18, 2013
gambar ni credit kat Sarah sebab dia yang ambil depan chalet
Cuti sekolah yang lepas, saya sekeluarga mengambil kesempatan bercuti ke Pulau Tioman. Kami bercuti selama 4 hari 3 malam di sana. Kami bercuti bersama rakan guru dan juga kawan atas kawan yang pernah bekerja di Pulau Tioman. Beliaula yang tolong setkan percutian ini. Sedikit sebanyak perkongsian saya ini boleh menjadi panduan buat anda yang ingin berkunjung ke sana.
Hari pertama
Bertolak dari Tanjung Gemok, Rompin pukul 7.45 pagi. Ambil masa 2 jam, jadi sampai Perhentian Tekek tu pukul 9.45 pagi. Bayaran RM70 pergi balik untuk dewasa dan RM60 pergi balik untuk kanak-kanak. Sampai, kena tunggu kejap pengangkutan sampai untuk bawa kami ke tempat penginapan di Tekek Inn di dalam kawasan dengan Abect Aqua Dive Center. Jadi kami makan dulu di perhentian tu. Dalam masa setengah jam tunggu kami dibawa oleh Hilux ke tempat penginapan tanpa bayaran. Untungnya ada kawan yang dikenali uruskan pengangkutan ni. :) Sampai tu, kami menginap untuk bilik dorm 5 orang. Bayarannya RM125 semalam, tetapi rakan-rakan yang lain dapat chalet, RM80 semalam. Nak wat camana, walau kurang selesa, tapi kami takde pilihan, sebab lambat dan chalet tu penuh. Ni rakan-rakan yang sama-sama bercuti :)
Sampai tu kami sekeluarga di sambut oleh anak tokey penginapan yang sangat petah dan rajinnya mengutip sampah dihadapan dorm kami.
Perbandingan dorm kami (bebudak tu mulalah main panjat-panjat) dan
chalet rakan-rakan (kanan-betul2 mengadap pantai)
Memandang tuan suami sudah membayar untuk satu malam, jadi untuk hari pertama kami tidur di situ. Sebab-sebab nak pindah: nak chalet depan pantai gak, pastu toilet berkongsi (susahnya nak jaga aurat), tiada air panas dan kettle (punyala banyak songeh). Rehat-rehat kejap kat dorm semua pakat-pakat nak pergi Taman Laut. Sebab kami kelewatan melayan perasaaan, kami bergerak lambat. Saya dan suami pakat nak menapak je. Tanya orang kat situ, mau juga setengah jam menapak. Biar betul. tapi suami ajak juga,takpe bila lagi nak exercise cenggini kan.Punyala jauh menapak sampaila lagi 1km ke Taman Laut, adala hamba Allah yang ihsan tumpangkan kami. Kesimpulannya, nak bercuti di sana, perkara penting yang perlu diambil kira ialah pengangkutan. Jadinya, untuk balik semula ke penginapan,suami sewa motor dengan kadar sewaan RM40 sehari. Di Taman Laut ada galeri, masuk percuma. Bolehlah masuk sekejap layan aircond..tengah kepanasan menapak tadi.Kesian pulak tengok anak-anak. Takpe, bagi mereka rasa pengalamankan. Cuma kesian juga kat mak yang ikut kena berpatah semula sebab tak larat berjalan.Suami sewa gogle dan jaket tu RM10 sehari.
Jadi, kami balik tu pun dah nak petang,dengan bermotor. Setelah puas mandi manda dan bersnorkelling, masing-masing kepenatan. Sempat juga saya meninjau chalet bersebelahan untuk ditempah bagi kemasukan esok hari. Alhamdulillah, sungguh memuaskan hati. Walau kena bayar lebih sikit, tapi kami sekeluarga + mak saya rasa selesa. Nanti saya bagi detailnya di post yang lain.Petang-petang tu, kami hanya berehat di depan bilik chalet rakan sambil mengagumi Kebesaran Ciptaan Allah. Maha Suci Allah! Sehinggalah waktu malam, kami sekeluargahanya bermotor meronda-ronda di sekitar Tekek sampailah si kecil saya terlena di atas motor. Habisla episod hari pertama. Makan dan minum di sini, kami beli di Kedai Makan Peladang, harganya bolehla, agak berpatutanla juga. Kedai makan tu, yang paling terdekat dengan Tekek Inn ni.
Saya akan post plak hari kedua, tiga dan keempat di waktu lain ye. Dah mengantuk, esok nak sekolah. :)
Ni la rakan sepasang suami isteri yang banyak membantu menjadi tour guide dan dapat sewa murah-murah di sini :)
Insya Allah, 1 hari nanti berjumpa lagi
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
nanti update ye hari 2-4
ReplyDelete