Waktu Solat
Facebook saya
Tinggalkan Pesanan Anda
Tentang Saya
Blog Archive
-
▼
2013
(15)
-
▼
June
(12)
- Ice Breaking Perkhemahan Unit beruniform SEKOLAH K...
- Program Transformasi Minda Kaunselor Berdaftar ole...
- Program Jati Diri Peringkat Daerah Raub
- Pulau Tioman, Indahnya Ciptaan ALLAH
- Cyst & Rawatannya
- Seribu langkah bermula dengan langkah pertama - UN...
- Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris
- Program Keibubapaan : Program Perdana Waris LINUS
- Majlis Sambutan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ba...
- Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Daerah Raub
- Taklimat Transformasi Kolej Vokasional kepada GBKS...
- Membuat persediaan Program Kembali Ke Sekolah Peri...
-
▼
June
(12)
Powered by Blogger.
My Blog List
-
Tuan Guru Jaro1 year ago
-
Labels
- aktiviti (3)
- apc (1)
- beli hadiah (1)
- blighted ovum (1)
- cyst (1)
- hadiah hari guru (1)
- hari guru (1)
- ibu bapa (1)
- keguguran (1)
- keikhlasan (1)
- kembali ke sekolah (1)
- kolej vokasional (1)
- Linus (1)
- penghargaan (1)
- percutian (1)
- pergerakangbksm (6)
- Perjumpaaan ibu bapa (1)
- rawatan (1)
- sambutan hari guru (1)
- terima kasih guru (1)
- tintahati (6)
Anda Pelawat Ke
Saturday, June 22, 2013
Baru-baru ini semua GBKSM sekolah rendah dan menengah di daerah Raub dan Lipis menerima arahan untuk menghadirkan diri ke program tertera di atas pada 22 Jun 2013 di Hotel Jelai Raub. Walau sebelum ini saya tahu program ini hanya layak buat yang mempunyai degree in Counselling. Tidak mengapa, atas arahan PPD dan saya juga ingin mencuba dan mencari pengalaman, jadi saya melangkah pergi .
Sedikit perkongsian. mengikut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) seksyen 24 : 4 syarat untuk melayakkan diri mendaftar sebagai kaunselor berdaftar (KBPA)
1. Warganegara Malaysia
2.Umur tidak kurang 21 tahun
3.Mempunyai kepakaran dalam kaunseling
4. Mempunyai mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam jadual kedua
Sudah terang lagi bersuluh, saya memang tidak layak. Ketika sesi taklimat untuk temuduga pengesahan, ramaila GBKSM yang berijazah selain kaunseling menanyakan persoalan. Akhirnya berduyun-duyunla GBKSM keluar dari hotel dengan kehampaan. Tetapi ketika itu saya dan 2 orang lagi rakan menunggu sehingga masuk ke bilik temuduga untuk mendapat kepastian. Alang-alang saya datang, biarlah ianya jelas terus berdepan dengan presiden Lembaga Kaunselor Malaysia , Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din.
Kami masuk mengikut giliran dan bertiga-tiga. Ketika itu Presiden sendiri dan Dr Wan Marzuki yang menemuduga.
Temuduga dimulakan dengan memperkenalkan diri sendiri, latar belakang kaunseling. hahaha,wat camna, saya hanyalah GBKSM yang mempunyai Diploma Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (KPLI). Itu je la yang saya mampu bagitau. Soalan yang diberikan kepada 2 GBKSM (ada degree kaunseling) yang sama-sama masuk dengan saya sangatlah mudah. Adakah anda waras? Anda warganegara Malaysia? Umur lebih 21 tahun? Itu sahaja. Prof. menanyakan saya mengapa tidak mengambil master Kaunseling bagi melayakkan diri saya mendaftar?.. satu soalan yang sukar juga saya jawab. Sekiranya saya jawab memang macam alasan plak. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalihkan. Walaubagaimanapun, Prof memaklumkan bahawa insan yang senasib dalam dilema seperti saya ini hampir 400 bilangannya di Malaysia. Beliau dalam proses merancang program yang sesuai untuk orang seperti saya ini seperti Course jangka pendek bagi menampung credit kaunseling ini berkemungkinan hujung tahun ini atau awal tahun depan, setelah transformasi semua guru berkelayakan kaunseling berdaftar di seluruh Malaysia ini selesai. Saya jelas, saya faham dan saya sangat menghargai pengalaman ini, walau dalam hati macam ribut taufan, hehe. Sekurang-kurangnya saya dapat maklumat baru berbanding dari rakan-rakan yang berlalu pergi setelah sesi taklimat tadi.
Jauh di sudut hati saya, cemburu dengan mereka yang berijazah kaunseling. Betapa di perjawatan saya ini, ijazah kaunseling ini sangat bernilai dan berharga. Bayangkan seorang guru yang baru posting lebih layak berdaftar berbanding guru yang telah bertahun2 menjadi GBKSM hanya status ijazahnya. Begitula yang dihadapi kakak yang sama-sama mencuba dengan saya. Beliau telah hampir 21 tahun menjadi GBKSM. tetapi tidak layak mendaftar kerana mempunyai ijazah Psikologi seperti saya.
Balik ke rumah saya ditenangkan suami. Kata suami,Tidak mengapa, saya telah mencuba. Apalah yang ada pada gelaran, hanyalah sementara di dunia. Allah lebih tahu yang terbaik buat kita. Biarlah tidak berdaftar, tetapi disanjung dan disayangi oleh rakan sekerja dan anak-anak didik di sekolah. Mendengar kata itu, saya menginsafi diri, kerana tercetus rasa cemburu tadi. Sesungguhnya saya seperti tidak redha apa yang terjadi. Allahu Rabbi. Ampunilah perasaan mazmumahku ini, Ya Allah. Aku terlupa sejenak yang Engkau sebaik Perancang jalan hidupku.
Dari itu, saya berazam, terus memperbaiki diri, luaran dan dalaman, moga Allah terima segala pekerjaan saya sebagai satu ibadah mendekat diri kepadaNya, Amin Ya robbal alamin.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 comments:
Post a Comment
what say u