Saturday, June 22, 2013


Baru-baru ini semua GBKSM sekolah rendah dan menengah di daerah Raub dan Lipis menerima arahan untuk menghadirkan diri ke program tertera di atas pada 22 Jun 2013 di Hotel Jelai Raub. Walau sebelum ini saya tahu program ini hanya layak buat yang mempunyai degree in Counselling. Tidak mengapa, atas arahan PPD dan saya juga ingin mencuba dan mencari pengalaman, jadi saya melangkah pergi .

Tuesday, June 18, 2013

Tekek inn Pulau Tioman
gambar ni credit kat Sarah sebab dia yang ambil depan chalet

Cuti sekolah yang lepas, saya sekeluarga mengambil kesempatan bercuti ke Pulau Tioman. Kami bercuti selama 4 hari 3 malam di sana. Kami bercuti bersama rakan guru dan juga kawan atas kawan yang pernah bekerja di Pulau Tioman. Beliaula yang tolong setkan percutian ini. Sedikit sebanyak perkongsian saya ini boleh menjadi panduan buat anda yang ingin berkunjung ke sana.
Sunday, June 16, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, akhirnya dapat jua saya berbicara di blog sendiri. terima kasih tak terhingga buat Encik Hisham yang merupakan GBSM Sekolah Kebangsaan Bangi telah sudi membantu saya menyediakan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Mahmud Raub ini. Allah pasti memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda pada tuan atas kesudian tuan memudahkan urusan orang lain.
Thursday, June 13, 2013
Setelah saya mengendalikan LDK bersama pelajar Program Kembali Ke Sekolah, terus saya bergegas untuk bersiap ke Majlis APC ini. Alhamdulillah, setelah 7 tahun berkhidmat, saya mendapat penghargaan ini. Namun jauh dari sudut hati saya, bukan ini yang saya impikan..Ini hanyalah duniawi..Apa yang dicitakan, Allah terima segala pekerjaan saya selama ini sebagai satu ibadah, jua wasilah saya dekat padaNya,Allahumma Amin Ya Rob..

Wednesday, June 12, 2013
Pada 12 Jun 2013, semua GBKSM di Daerah Raub dan Bentong dijemput menghadiri taklimat ini di Kolej Vokasional Bentong. Maklumat yang disampaikan sangat berguna. Bermula tahun ini, pelajar lepasan UPSR boleh memohon ke Kolej Vokasional dengan laluannya mesti memohon Latihan Asas Vokasional yang ditawarkan di sekolah berhampiran Raub ini adalah SMK Karak.
Tuesday, June 11, 2013
Setelah bercuti hampir 3 minggu, hadir ke sekolah, terus kena keluar pada 11 Jun 2013 untuk persediaan program yang bakal dijalankan pada minggu ini juga. Ikut surat yang sampai, mula hari ini saya akan keluar hinggalah hari Khamis, 13 Jun 2013. Dimulakan perjumpaan hari ini dengan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi MGKK Raub, Cikgu Zaidi. Tn Hj Nasir juga turut sama hadir memantau perjalanan persediaan program ini.

Copyright © 2013 Of .Afraina Enterprise