Monday, June 17, 2013
Ini sambungan dari saya keguguran dulu. Setelah seminggu 23 Mei 2013 saya cuba scan semula dengan harapan semuanya di dalam rahim saya habis keluar untuk mengelakkan diri dari proses d&c. Biarlah ianya berlaku dengan natural.


gestational sac kantung bayi


Demikian juga kehendak Allah. Kantung baby masih ada lagi, saiznya 8mm, sangatla sikitnya. Jadi doktor pun kata, kita cuba scan lagi dalam masa 3 atau 4 hari, biasanya dia akan keluar habis, Insya Allah.
Setelah seminggu, saya masih lagi bleeding dan pergi ke klinik sekali lagi pada 7 jun 2013 untuk tengok keadaan seterusnya.


Inilah hasil scannya. Semuanya sudah keluar tetapi ada cyst plak. Saiznya 4cm. Kata doktor cepat betul besarnya dalam masa seminggu. Namun doktor kata tidak perlu risau, kerana ianya adalah normal. Sekiranya 5cm dan keatas, akan disarankan untuk bedah, tetapi bawah dari 5cm hanya pemantauan dari semasa ke semasa. Cuma apa yang saya buat sekarang adalah mencari rawatan untuk mengecilkannya dan hilang. Ini adalah antara perkara-perkara yang sedang saya amalkan sekarang:

1. minum air pegaga (secekak pegaga + campur 2 biji epal hijau + madu + air

Pic dari google

2. Minum Essiac-T tea. Nak tahu khasiat dia boleh tengok sini. Kalau nak order, boleh buka ini 

essiac tea rawatan cyst 
3. Makan Maajun Anggun Bistari (MAB)

rawatan cyst mab

4. Amalkan ayat dari buku Indahnya Hidup Bersyariat muka surat 281 dan 282, saya buat air untuk minum dan saya atau suami letak tangan di bahagian rahim sambil baca ayat-ayat tu dan selawat syifa' sekali. Saya juga sentiasa mendengar ayat suci AlQuran memandangkan saya masih lagi bleeding.(kajian menunjukkan mendengar atau membaca AlQURAN boleh menghilangkan kanser dan seangkatan dengannya,tapi bergantung harap dan percayala kpd Allah ye)

rawatan cyst

5. Langkah seterusnya, dalam perancangan nak ambil PhytoNatal dri Nona Roguy dan Perubatan Homeopaty Dr Zainal, tapi nak hold dulu sampai cukup sebulan ni, nak scan semula.Insya Allah, saya akan scan semula hujung bulan 6 ini, Insya Allah.

6. Em, lupa plak nak bagitau satu lagi benda yang saya buat iaitu teknik visualisasi. saya sentiasa membayangkan cyst semakin mengecut dan hilang dari rahim saya dengan izin Allah.

Apabila saya scan lagi nanti, saya update keputusannya. Wahai Allah Yang Maha Baik, Kau sembuhkan dan sihatkanlah rahimku semula Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan, Amin Ya Rob.


0 comments:

Post a Comment

what say u

Copyright © 2013 Of .Afraina Enterprise