Waktu Solat
Facebook saya
Tinggalkan Pesanan Anda
Tentang Saya
Powered by Blogger.
My Blog List
-
Tuan Guru Jaro3 years ago
-
VEST PRS7 years ago
Labels
- aktiviti (3)
- apc (1)
- beli hadiah (1)
- blighted ovum (1)
- cyst (1)
- hadiah hari guru (1)
- hari guru (1)
- ibu bapa (1)
- keguguran (1)
- keikhlasan (1)
- kembali ke sekolah (1)
- kolej vokasional (1)
- Linus (1)
- penghargaan (1)
- percutian (1)
- pergerakangbksm (6)
- Perjumpaaan ibu bapa (1)
- rawatan (1)
- sambutan hari guru (1)
- terima kasih guru (1)
- tintahati (6)
Anda Pelawat Ke
Sunday, June 16, 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, akhirnya dapat jua saya berbicara di blog sendiri. terima kasih tak terhingga buat Encik Hisham yang merupakan GBSM Sekolah Kebangsaan Bangi telah sudi membantu saya menyediakan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Mahmud Raub ini. Allah pasti memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda pada tuan atas kesudian tuan memudahkan urusan orang lain.
Saturday, June 15, 2013
Nama program : Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR
Tarikh: 15 Jun 2013
Tempat: Dewan sekolah
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Penceramah: Encik Mohd Shuhaidi Ohira bin Abdullah
Program dijalankan pada hari Sabtu, 15 Jun 2013. Bertempat di Makmal komputer sekolah. Penceramah yang dijemput merupakan Fasilitator LINUS di PPD Raub.
Bapa / penjaga mendaftar sebelum bermula program
Thursday, June 13, 2013
Setelah saya mengendalikan LDK bersama pelajar Program Kembali Ke Sekolah, terus saya bergegas untuk bersiap ke Majlis APC ini. Alhamdulillah, setelah 7 tahun berkhidmat, saya mendapat penghargaan ini. Namun jauh dari sudut hati saya, bukan ini yang saya impikan..Ini hanyalah duniawi..Apa yang dicitakan, Allah terima segala pekerjaan saya selama ini sebagai satu ibadah, jua wasilah saya dekat padaNya,Allahumma Amin Ya Rob..
Pada 13 Jun 2013 yang lepas, saya diberi amanah bagu tahun kedua sebagai fasilitator program ini yang diadakan di SMK Gali. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Program dirasmikan oleh Tuan Haji Ab Nasir Gahar dari PPD Raub.
Wednesday, June 12, 2013
Pada 12 Jun 2013, semua GBKSM di Daerah Raub dan Bentong dijemput menghadiri taklimat ini di Kolej Vokasional Bentong. Maklumat yang disampaikan sangat berguna. Bermula tahun ini, pelajar lepasan UPSR boleh memohon ke Kolej Vokasional dengan laluannya mesti memohon Latihan Asas Vokasional yang ditawarkan di sekolah berhampiran Raub ini adalah SMK Karak.
Tuesday, June 11, 2013
Setelah bercuti hampir 3 minggu, hadir ke sekolah, terus kena keluar pada 11 Jun 2013 untuk persediaan program yang bakal dijalankan pada minggu ini juga. Ikut surat yang sampai, mula hari ini saya akan keluar hinggalah hari Khamis, 13 Jun 2013. Dimulakan perjumpaan hari ini dengan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi MGKK Raub, Cikgu Zaidi. Tn Hj Nasir juga turut sama hadir memantau perjalanan persediaan program ini.
Subscribe to:
Posts
(Atom)


